Wednesday, June 26, 2013

Saturday, June 22, 2013

Kuih zaman dahulu





Salam dan selamat sejahtera.

Majoriti dari kita mesti tahu apa itu kuih raya. Ya ! Kuih raya ialah kuih muih yang dihidangkan semasa hari raya.. :) Walaupun pada kebanyakkan hari lain, kita boleh juga mendapat bekalan untuk memakan kuih-kuih tersebut, tetapi suasananya tetap berbeza dan semangat atau mood untuk memakan kuih tersebut juga akan berlainan.

Bagi ganerasi sekarang, mereka sudah tentu lebih mengenali kuih seperti almond london, tat gulung, biskut oat, biskut marble, mama carie dan macam-macam lagi. Kandungan kuih zaman sekarang pula biasanya berasaskan mentega, marjerin dan tepung gandum. 

Agak susah nak lihat ganerasi sekarang mengenali kuih-kuih zaman dulu. Jadi, dengan ini kami memperkenalkan kuih-kuih zaman dulu. Ada antaranya yang masih kekal sampai sekarang dan ada juga yang telah mengalami evolusi. Salah satu drpd kuih zamn dahulu ialah kuih Cakar Ayam!!

Kenal tak kuih cakar ayam nie?? Kalau orang dulu2 mgkin kenal..Tapi remaja zaman skrang msti rmai yg xkenal kan... Kuih ni asalnya dibuat dari ubi keledek. Dulu2, ade jgak yg buat dr ubi kayu. Tapi..rasanya mmg berbeza. Yang dibuat dr ubi keledek lbih rangup dan lembut. Kenapa dinamakan cakar ayam ye?? akan diceritakan di post2 yg akan dtg...

Sebelum tue..kenelah cube rase kuih cakar ayam ni dulu.. Belum cube blum tau kan.. Snang je just contct kami.. Sama-sama lah kita majukan usahawan yg tlh mghsilkan kuih ini. Moga rezki kami akan bertambah dan perusahaan akan brtmbah maju..


Sumber ilmu dr: En.Shamsudin 

Friday, June 21, 2013

Cakar Ayam daripada ubi keledek


CAKAR AYAM merupakan salah satu kuih tradisional yang enak dijadikan snek minum petang yang dihidangkan bersama teh. Bentuknya bulat dan berwarna coklat. Kuih tradisional ini diperbuat daripada ubi keledek.

Kepada yang belum pernah merasanya, kuih cakar ayam mempunyai tekstur yang rangup dan manis. Snek ringan ini selain dihidangkan kepada tetamu, ia juga dijadikan buah tangan istimewa kepada tetamu pada majlis perkahwinan menggantikan bunga telur.

Bahkan, kami menjadikan kuih cakar ayam berbentuk sarang burung sebagai pengganti bekas telur.Ia bukan sahaja unik malah menjimatkan kerana anda bukan sahaja dapat menikmati telur bahkan bekasnya juga boleh dimakan.

Ubi keledek

Keledek-keledek yang dikupas disagat halus menjadi bentuk seperti mi. Sebelum mempunyai mesin sagat, Pn.Rofidah dan suaminya melakukan proses menyagat keledek dengan tangan. Dengan menggunakan mesin sagat ini, kerja-kerja menyagat menjadi mudah, senang dan pantas.

Kuih cakar ayam ini menggunakan ubi keledek. Beliau pernah cuba menggunakan keledek kuning, namun hasilnya tidak banyak. Begitu juga ubi kayu, ia menyebabkan proses membuat snek tersebut semakin sukar kerana kandungan kanji yang terdapat dalam ubi kayu tersebut.

Beliau memulakan perniagaan cakar ayam ini sejak 10 tahun lalu, dan beliau belajar membuatnya daripada emak dan opahnya.Sebelum ini dia hanya menjalankan bisnes snek tersebut secara kecil-kecilan.

Namun, seiring peredaran masa, cara pembuatan snek itu juga berubah. Bagi meningkatkan kualiti cakar ayam ini beliau kerap melakukan eksperimen. Semua itu dilakukan untuk memastikan cakar ayamnya lebih enak dan tahan lama.Idea untuk menghasilkan kuih cakar ayam berbentuk sarang burung diperoleh sejak lima tahun lalu. Sejak itu, permintaan terhadap cakar ayam sarang burung semakin bertambah.

Sumber dr :Kosmo



Thursday, June 20, 2013

Sejarah Cakar Ayam



 
Pn.Rofidah(pengasas cakar ayam) bersama suaminya.

Cakar Ayam adalah antara makanan tradisional Malaysia yang polular dan digemari ramai. Produk kami ini adalah resepi turun temurun dari nenek moyang yang mana pada asalnya bukanlah untuk dikomersialkan.


Oleh itu, syrikat Amin Hamid Enterprise memperkenalkan produk Cakar Ayam  jnma Rofidah dan Pengasasnya ialah Pn.Rofidah.Perniagaan ini mrupakan perniagaan kluarga yg tlh brkmbg lbh krg 10thn.Cakar aym ini dprbuat drpd bhn smlajd ubi kldek.Ubikeledek yg digunakn jga perlu ubi yg elok utk dimesin atu disagat dan kmudiannya digoreng dan disira dgn air gula.. Apa yg mnarik, ianya homemade oleh pngasasnya, Pn.Rofidah. Hanya beliau yg mggoreng dan mmbuat ckr ayam.Mnakala pkerja lain hnya mmbuat pembungkusan.Syarikat kami tlh mndpt bimbingn dr agensi2 krajaan spt Jabatan Pertanian, FAMA, dan SIRIM. Selain itu, Kami juga mmbuat cakr ayam dlm pelbagi bntuk mgikut khndak plggn sprti cakr ayam sarg burung, tepak sirih, bntuk ikan dan laen2. 


Tapak perniagaan kmi berada di Tapah,Perak dan kami slalu mmbuat demo cakar ayam  diekspo2 sktr Perak.Untuk maklmat lnjut boleh hubungi pemilik syrikat ini sndri Pn.Rofidah. No.tel:012 595 4644 Emel:fiedah_amin@yahoo.com

Wednesday, June 19, 2013

cakar ayam!!

moh moh...
Kami baru di blog..
Smoga mndpat smbutan ramai..!!

Dapatkan Cakar Ayam Sekarang!

Tempahan untuk Hari Raya yg smkn tiba sudah dibuka..
Jangan lambat untuk mengmbil tempahan.
Cakar Ayam makanan tradisional yang digemari ramai! :)


Selamat Datang!

Nikmati produk kami, cakar ayam!
100 pcs RM40.00
Penghantaran RM10-50(mengikut destinasi)