Friday, June 21, 2013

Cakar Ayam daripada ubi keledek


CAKAR AYAM merupakan salah satu kuih tradisional yang enak dijadikan snek minum petang yang dihidangkan bersama teh. Bentuknya bulat dan berwarna coklat. Kuih tradisional ini diperbuat daripada ubi keledek.

Kepada yang belum pernah merasanya, kuih cakar ayam mempunyai tekstur yang rangup dan manis. Snek ringan ini selain dihidangkan kepada tetamu, ia juga dijadikan buah tangan istimewa kepada tetamu pada majlis perkahwinan menggantikan bunga telur.

Bahkan, kami menjadikan kuih cakar ayam berbentuk sarang burung sebagai pengganti bekas telur.Ia bukan sahaja unik malah menjimatkan kerana anda bukan sahaja dapat menikmati telur bahkan bekasnya juga boleh dimakan.

Ubi keledek

Keledek-keledek yang dikupas disagat halus menjadi bentuk seperti mi. Sebelum mempunyai mesin sagat, Pn.Rofidah dan suaminya melakukan proses menyagat keledek dengan tangan. Dengan menggunakan mesin sagat ini, kerja-kerja menyagat menjadi mudah, senang dan pantas.

Kuih cakar ayam ini menggunakan ubi keledek. Beliau pernah cuba menggunakan keledek kuning, namun hasilnya tidak banyak. Begitu juga ubi kayu, ia menyebabkan proses membuat snek tersebut semakin sukar kerana kandungan kanji yang terdapat dalam ubi kayu tersebut.

Beliau memulakan perniagaan cakar ayam ini sejak 10 tahun lalu, dan beliau belajar membuatnya daripada emak dan opahnya.Sebelum ini dia hanya menjalankan bisnes snek tersebut secara kecil-kecilan.

Namun, seiring peredaran masa, cara pembuatan snek itu juga berubah. Bagi meningkatkan kualiti cakar ayam ini beliau kerap melakukan eksperimen. Semua itu dilakukan untuk memastikan cakar ayamnya lebih enak dan tahan lama.Idea untuk menghasilkan kuih cakar ayam berbentuk sarang burung diperoleh sejak lima tahun lalu. Sejak itu, permintaan terhadap cakar ayam sarang burung semakin bertambah.

Sumber dr :Kosmo



No comments:

Post a Comment